LINUS NUMERASI TAHUN 2


Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diwujudkan untuk menangani masalah murid yang berkeupayaan tetapi masih belum menguasai literasi dan numerasi.

Numerasi merupakan keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar di sekolah.

2012年11月29日星期四


TAFSIRAN BAND

TOPIK 3 : TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000

B3D1E2
Melakukan operasi asas tolak bagi sebarang 2 nombor bulat hingga 3 digit.
B4D1E2
Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan dua nombor.
B5D1E1
Menyelesaikan masalah matematik melibatkan operasi asas mengikut prosedur.

 

TAFSIRAN BAND

TOPIK 2 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000

B3D1E1
Melakukan operasi asas tambah bagi sebarang 3 nombor bulat hingga 3 digit dan hasil tambahnya tidak melebihi 1000.
B4D1E1
Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan dua nombor dan hasil tambahnya tidak melebihi 1000
B5D1E1
Menyelesaikan masalah matematik melibatkan operasi asas mengikut prosedur.

 

TAFSIRAN BAND

TOPIK 1 : NOMBOR BULAT HINGGA 1000

B1D1E1
Menamakan nombor bulat sehingga 1000 dan membilang secara satu-satu,dua-dua,lima-lima,sepuluh-sepuluh,seratus-seratus.
B2D1E1
Menyatakan kuantiti objek sehingga 1000 dengan menamakan dan menulis nombor dalam perkataan atau angka;membilang secara satu-satu,dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh, seratus-seratus; memadam; membanding; menyusun atau melengkapkan rangkaian nombor secara tertib menaik atau menurun. 
B2D2E1
Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi nombor bulat sehingga 1000.
B2D2E2
Mencerahkan sebarang nombor dalam ratus,puluh dan sa.
B3D2E1
Membubuhkan nombor bulat sehingga 1000 kepada puluh dan ratus terdekat

 

Standard Prestasi Matematik Tahun 2

TAFSIRAN BAND

BAND
PERNYATAAN BAND
            TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respon terhadap yang asas.
2
TAHU & FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM & BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengatahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4
TAHU,FAHAM & BOLEH  BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU,FAHAM & BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur atau secara sistematik,serta tekal dan bersikap positif
6
TAHU, FAHAM & BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.